Jumaat, 9 Julai 2010

Tujuh Warna Indah

tujuh warna indah
bersemi atas awan
melingkar separa bulat
menjengah puncak bulan
pesona nilai pandang
yang memandang

tujuh warna indah
seri seni memukau
mata yang pudar
tiada menilai
dan tidak membelai

tujuh warna indah
dalam belukar samar
tidak hilang
terang-terangan
tidak padam

tujuh warna indah
menjadi madah
bunga-bungaan
untuk tatapan
sekalian teman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.