Ahad, 11 Julai 2010

Senyumku Untukmu Teman




















Senyumku untuk mu teman
bila saja ku lihat kau datang pada ku
dengan sekumtum bunga mawar merah ditangan
menyambut diri ini
sama-sama kita tersenyum
didalam hati bahagia rasanya

Senyumku untuk teman
ku hadiahkah senyuman ini untuk kamu ingati
akan diri ini
agar kau akan ingati selamanya
yang senyuman ikhlas ini dari hatiku yang suci

Senyumku untuk teman
tika kita bersua
senyum ini mungkin akan membahgiakan pertemuan ini
dan akan tinggalkan satu ingatan
tika diriku sudah tiada
dan perpisahan menjemput aku pergi

Senyumku untuk teman
terimalah senyuman ini
dan simpanlah dalam ingatan
tika kau dalam kesedihan
ingatlah senyumanku untuk mu teman
mungkin ianya dapat mengurangkan rasa lara
dan akan membuat tersenyum kembali

kepada teman-teman
yang selalu merona sayu
dan mengikut kata hati
amarah nafsu yang bertuan

kepada teman
yang kehilangan senyuman
pergilah mencari dan dapatkan kembali
sesuatu yang kau lontarkan jauh kepergunungan salji
jangan biarkan keegoan mu
memusnahkan segala yang cantik dan berseri
ingatlah sesuatu yang sangat berharga ini
bahawa kehidupan kau diami
tidak selamanya perlu ditangisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.